Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana selebriti Youtube S Pavithra disolek sehingga dia nampak begitu cantik seperti model sebenar.

Ketika dihubungi Malaysiakini, jurusolek berpengalaman Razzi Musa, 35, mendedahkan dia menggunakan gaya minimalis dan mengelak terlalu bereksperimen.

“Untuk solek S Pavithra, dalam fikiran saya memang tak nak terlalu experiment. Cuma saya hendak nampakkan dia minimalis, elegan dan muda.

“Saya juga nak mengetengahkan tona warna dia. Saya suka tona (warna) S Pavithra. Gelap dan cantik,” katanya yang sudah menjadi jurusolek selama 10 tahun.

Beberapa hari lalu, tular gambar Pavithra, 28, bergaya seperti model untuk hiasan kulit sebuah majalah gaya hidup mencuri perhatian warga maya.

Gambar personaliti Youtube yang terkenal dengan video masakan itu menjadi tular selepas dimuat naik ke Internet Razzi.


S Pavithra jadi 'model': Dia simbol perpaduan, kata majalah


Malah, setakat laporan ini ditulis, gambar pertama Pavithra memakai baju hitam disukai lebih 21,000 kali di Instagram.

Komen-komen orang ramai pula kebanyakan memuji kecantikan suri rumah dua anak yang tinggal di sebuah estet Sungai Siput, Perak, bersama suaminya M Sugu, 29.

Sesi itu sebenarnya dijalankan untuk menghasilkan gambar muka depan majalah gaya hidup Pepatung.

Pavithra, mencuri perhatian rakyat Malaysia susulan kemahiran memasak, kefasihannya menggunakan bahasa Melayu, kebersihan rumah dan dapurnya, serta sifat rendah diri dan sopan santunnya.

Bakatnya turut mendapat perhatian Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menghadiahkannya kelengkapan memasak serta tripod untuk memudahkannya merakam video.

Setakat laporan ini ditulus, salurannya di Youtube yang bermula Januari lalu kini dilanggan oleh lebih 700,000 orang dan video-videonya pula ditonton lebih 28 juta kali.

Mengulas pengalamannya menyolek Pavithra, Razzi berkata dia berasa beruntung.

“[…] Saya memang ikut perkembangan dia dan berbesar hati dapat solek S Pavithra,” katanya ketika dihubungi semalam.

Razzi Musa

Walaupun pertama kali, Razzi mendedahkan Pavithra tidak kekok semasa sesi itu.

Lima helai baju, empat jam solek

Mengulas mengenai cabaran dilaluinya, Razzi berkata terdapat sedikit kekangan masa.

Katanya, dia hanya mempunyai masa empat jam untuk proses proses tatarias bagi disesuaikan dengan lima jenis baju yang dikenakan Pavithra.

“Pihak S Pavithra dapat beri masa dalam empat jam sebab dia ada kerja lain yang harus dibuat dan penggambaran pun kita buat di rumah dia saja.

“Dalam masa empat jam itu saya cuba sedaya upaya untuk siapkan solek untuk lima baru sebab S Pavithra dapat tajaan sebanyak lima helai (baju). Tapi semuanya OK,” katanya lagi.

 

Lihat Komen
ADS