Pasangan YouTuber terkenal Sugu Pavithra membuat keputusan tidak mahu dikaitkan lagi dengan laman perkongsian video itu.

M Sugu, 29, berkata dia dan isteri, S Pavithra, 28, memadam semua video di Youtube kerana enggan meraih perhatian umum lagi, lapor Berita Harian.

"Kami tidak mahu lagi ada kena-mengena dengan YouTube," katanya ketika dihubungi akhbar itu, di Ipoh

Sugu berkata mereka kini mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Mereka berdua masih belum memikirkan perancangan seterusnya.