Seorang anggota parlimen mencadangkan penghasilan pelitup muka kain menggunakan corak batik.

Katanya perkara itu bukan sahaja mesra alam, tetapi juga dapat cantik.

“Ini juga dapat membantu mengurangkan sepuluh juta pelitup separuh muka yang kita buang setiap hari di negara ini.

“Dan kita dapat buat semua ini dengan penuh pop dan glamor dengan memperkenalkan fabrik batik dan (seni) cetakan,” kata anggota Klang Charles Santiago.

Dia berkata demikian ketika mencadangkan pemberian subsidi terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam pengeluaran pelitup muka kain.

Cadangan itu dikemukakan kerana pelitup muka jenis pakai buang yang popular sekarang membebankankan golongan berpendapatan rendah dan mencemarkan alam sekitar.