story image
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelakon Zulkifli Zain hembuskan nafas terakhir
Diterbitkan:  Sep 5, 2020 2:48 PM
Dikemaskini: 3:10 PM

Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 76, meninggal dunia kira-kira 7.30 malam tadi akibat komplikasi penyakit, antaranya kegagalan buah pinggang.

Anak perempuannya yang juga pensyarah, pelakon dan pengarah teater Dr Norzizi Zulkifli mengesahkan khabar sedih ini.

Beliau berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Normala Omar dan anak-anaknya.

Sebelum ini, Zulkifli yang juga bekas presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung serta buah pinggang dan telah beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Allahyarham memulakan karier sebagai pelakon melalui filem Jiwa Remaja pada tahun 1975 dan telah muncul dalam lebih sepuluh buah filem serta beratus-ratus drama sepanjang menceburi dunia hiburan. 

Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS