Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bekas pembaca berita, pelakon Wan Chik Daud meninggal dunia
Diterbitkan:  Sep 26, 2020 3:32 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Pelakon dan bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Wan Chik Daud menghembuskan nafas terakhir pada usia 80 tahun hari ini.

Astro Awani melaporkan bahawa pemergiannya itu disahkan oleh Presiden Persatuan veteran RTM, Zohara Gany Batusha.

"Saya baru saja menerima berita pemergian Allhyarham Wan Chik. Saya difahamkan jenazah masih berada di kediamannya," katanya menurut laporan itu.

Balu kepada pelakon terkenal Allahyarham M Rajoli itu sebelum ini dilaporkan menghidap kanser payudara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh dan tidak mampu menguruskan dirinya.

Difahamkan, dua tahun sebelum kematian suaminya pada 2010, arwah diserang angin ahmar.

Wan Chik pernah berlakon filem arahan Allahyarham P. Ramlee seperti Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi sebelum meneruskan kerjaya bersama RTM sehingga bersara.

Arwah meninggalkan empat orang anak.

Lihat Komen
ADS