Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Milla cuak ada orang balik dari Sabah tak patuh kuarantin kendiri
Diterbitkan:  Sep 29, 2020 7:20 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Mila Jirin berharap kerajaan Malaysia mewajibkan individu yang baru pulang dari Sabah untuk menjalani perintah kuarantin di pusat yang ditetapkan, bukannya di rumah.

Menurut penyanyi itu, sebagai rakyat dia bimbang akan tahap kepatuhan individu terbabit untuk mematuhi arahan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) yang dikeluarkan.

“Minta semuanya dikuarantin di pusat kuarantin, baru benarkan mereka untuk pulang ke rumah. Risau ada yang degil dan tidak ikut arahan,” katanya di media sosial.

Mulai 27 Sept sehingga 10 Okt ini, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan Covid-19 dan diarahkan untuk menjalani HSO sebagai langkah mengekang penularan wabak yang boleh membawa maut itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua individu terbabit akan diberi surat HSO, dipakaikan gelang kuarantin dan tarikh pengawasan pula bermula dari tarikh ketibaan sehingga keputusan ujian makmal diperolehi.

Mila - atau nama penuhnya, Norsyarmilla Jirin, 31, - memuat naik luahan hati itu sambil mengiringinya dengan tangkap layar kiriman mesej yang dihantar Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, melalui ruang komen, sebahagian besar pengikut Instagram Mila menyokong gesaan berkenaan kerana berpendapat sukar untuk dipastikan seseorang itu mematuhi arahan terbabit sekiranya berada di rumah.

“Setuju. Walaupun kuarantin di rumah, tetap ada ahli keluarga dalam rumah tu.

"Bukan mudah nak patuh SOP dengan yang tinggal serumah. Guna dapur sama, tandas sama. Kemudian ahli keluarga pula keluar bekerja, ke sekolah, ke kedai. Risiko sangat tinggi,” kata pengguna akaun @ahbo01.

Seorang lagi pengguna akaun @shima.nadzri juga mempunyai pendapat yang sama: “Ya betul, saya setuju. Kena kuarantin di pusat kuarantin @mkn_rasmi @kkmm_gov”

Lihat Komen
ADS