Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bunga Zainal marah akidah dipersoal peminat
Diterbitkan:  Oct 13, 2020 2:02 PM
Dikemaskini: 6:02 AM

Aktres Indonesia Bunga Zainal menjadi sorotan ramai selepas memberi respons di TikTok mengenai dakwaan netizen dia memiliki rahsia awet muda disebabkan berkahwin dengan lelaki kaya-raya.

Bagaimanapun bukan itu saja yang menarik perhatian ramai.

Lebih mencuri minat ialah status agama Bunga Zainal, 33, ekoran kedudukannya bersuamikan seorang penerbit bukan beragama Islam, Sukhdev Singh.

“Buat kamu yang menuduh saya awet muda gara-gara ini (suami kaya), kamu tu semua berlagak pintar.

“Justeru, cari suami yang kaya, banyak duitnya, biar awet muda seperti aku dan boleh buka perniagaan supaya kamu ada pekerjaan. Jangan kerja kamu membuka aib orang,” katanya melalui sebuah klip video dimuat naik dalam sebuah akaun Instagram.

Antara hal yang dibangkitkan netizen ialah, tidak mengapa dia mencari lelaki yang kaya-raya namun tidak perlu meninggalkan Islam.

“Gapapa sih, cari yang tajir, yang penting gak murtad,” kata akaun @ri_streetstyle.

Akaun @evandra_26 pula menulis: “Carilah pasangan kerana agamanya, bukan kerana hartanya.”

Pelakon yang membintangi sinetron Suci itu berkahwin dengan Sukhdev pada 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua anak lelaki, Karan dan Harrneel.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, Bunga Zainal yang juga pelakon FTV Salah Jodoh itu pada awal beragama Islam seperti ibu bapanya namun menukar anutannya selepas menjadi isteri Sukhdev.

Tidak lama selepas video terbabit tular, Bunga Zainal memuat naik video di akaun Instagramnya menjelaskan polemik berhubung agamanya yang dipersoalkan netizen.

“Pagi ni saya ada pesanan buat kamu yang suka menyibuk urusan orang lain, lebih baik kita perbaiki diri sendiri daripada sibuk memperbaiki sikap orang lain,” katanya.

Bagi Bunga Zainal, soal agama adalah urusan dia dengan Tuhan.

“Sudah, urusan antara syurga dan neraka bukan hal kamu, tapi urusan kita dengan Tuhan. Yang boleh menolong kita di syurga atau neraka itu jelas cuma diri sendiri berdasarkan akhlak dan perbuatan baik kita.

“Jadi urusannya bukan dengan kamu,” katanya sambil meminta pengikut yang yang sinikal untuk menjauhi Instagramnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS