Wan Emir, Mira Filzah 'balas budi' dengan solat, tadarus bersama
Solat berjemaah dan membaca al-Quran bersama pasangan dianggap antara cara terbaik untuk menyatakan kesyukuran atas sebuah perkahwinan.
Menurut suami Mira Filzah, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 mereka memilih untuk menunaikan ibadah berkenaan “bersama-sama” sebagai membayar “hutang budi” kepada Maha Pencipta.
“Sekiranya seorang suami dan isteri bersyukur kepada Yang Maha Kuasa selama-lamanya kerana membuka jalan untuk mereka bernikah serta menyusuri lorong perkahwinan, mengapa mereka tidak terus bersyukur kepada-Nya bersama sepanjang hidup mereka?
“Bagi saya dan isteri, solat berjemaah dan tadarus (membaca Al-Quran bersama-sama) adalah cara untuk menyatakan rasa hutang abadi ini dan penghargaan yang tidak dapat dilukiskan kepada-Nya atas segala yang diberkati-Nya.
“Walaupun dia (Mira) letih atau mengantuk, dia tetap berada di sisiku, bersandar pada saya, menemani saya membaca al-Quran… berkati dia Ya Rabb,” katanya.
Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir di Bukit Kiara pada 3 Sept lalu.
Wan Emir - arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mastura Mohd Yazid - itu mengajak pasangan berkahwin untuk sekurang-kurangnya melakukan rutin amalan itu sehari sekali bersama-sama sebagai tanda penghargaan mereka untuk rahmat dikurniakan Tuhan.
“Tidak salah melakukan ibadah wajib misalnya solat fardu bersendirian. (Namun) sekiranya suami dan isteri dapat menjalankan tugas-tugas rumah di dalam atau di luar bersama-sama, pasti 5 hingga 10 minit (juga) boleh diluangkan untuk berterima kasih kepada-Nya.
“Dan sekiranya kita memohon kepada Allah untuk mengurniakan insan yang terbaik, tak bolehkah kita memberikan yang terbaik kepada Tuhan selepas Dia mengurniakan apa yang diminta.
“Setiap langkah, bersama-sama, lebih-lebih lagi ketika bertemu Pencipta kita. Lagi pun, tidakkah kita mahu berakhir di tempat rehat yang sama dengan pasangan jiwa kita, kemudian di akhirat?” ujarnya.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.