Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Chacha ancam saman pihak tuduh dia terbabit Macau Scam, pelacuran
Diterbitkan:  Oct 22, 2020 9:51 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Pelakon Chacha Maembong akan mengambil tindakan ke atas mana-mana dalang penyebar fitnah dan tuduhan yang mengaitkannya dengan kes Macau Scam serta sindiket pelacuran kelas atasan sejak beberapa hari lalu.

Kata adik aktres Emma Maembong itu dia sudah menyerahkan kes itu kepada peguam untuk tindakan susulan.

“Saya akan mengambil tindakan kepada individu yang telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut.

“Tindakan susulan dari pihak guaman akan dijalankan, laporan kes ini kini dalam siasatan.

“Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan dari pihak polis selesai,” katanya dalam Instagram hari ini.

Susulan itu, pemilik nama sebenar Siti Aisyah Ismail, 24, itu berkata, satu laporan polis dibuat bertujuan menghentikan dan menafikan segala fitnah yang mendakwanya terjebak dengan mana-mana aktiviti terbabit.

“Tujuan laporan ini adalah bertujuan untuk menghentikan dan menafikan segala fitnah yang berleluasa mengenai diri saya berhubung kes Macau Scam dan jugu tuduhan aktiviti pelacuran,” katanya.

Laporan berkenaan dibuat pada 20 Oktober lalu dan difailkan di balai polis Seremban, Negeri Sembilan.

Baru-baru ini, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu antara beberapa selebriti tanah air yang dituduh terbabit Macau Scam kerana perniagaannya didakwa menggunakan dana daripada individu tertentu.

Bagaimanapun, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terbabit selain mendakwa dia mengusahakan perniagaannya secara halal.

Pada masa sama, katanya, dia akan memberikan kerjasama sekiranya dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.

“Saya juga akan bekerjasama dengan pihak SPRM dan pihak polis jika dipanggil untuk memberikan kerjasama,” katanya.

Lihat Komen
ADS