Malaysiakini
SENI & HIBURAN

A Ali pula meninggal dunia dalam tidur

Diterbitkan
Dikemaskini 21 Nov 2020, 3:48 pagi

Penyanyi, pemuzik, pencipta lagu dan penerbit A Ali dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Arwah yang sebelum ini dikenali ramai bersama kumpulan Kembara menghembus nafas terakhir semasa tidur di Bandar Teknologi Kajang di Semenyih, Selangor.

A Ali - atau nama sebenarnya Hamdan Atan - turut pernah menubuhkan kumpulan Pelangi. Duo itu menghasilkan sebuah album dengan salah satu lagu yang popular ialah Biarku Menjadi Lilin.

Selain menyanyi dan bermain muzim A Ali turut memiliki kemahiran menggubah lagu dengan kebanyakan ciptaannya digemari ramai. Antaranya ialah Resahku dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil serta Menaruh Harapan (Zaiton Sameon).

Menurut laporan mStar, khabar sedih itu dimaklumkan oleh salah seorang anak arwah. Setakat berita ini ditulis jenazah A Ali masih berada di Hospital Kajang dan dalam proses untuk dibawa pulang sebelum dikebumikan.

Semalam media melaporkan komposer irama dangdut popular era 1990-an Ruslan Mamat meninggal dunia dalam tidurnya semasa mendapatkan rawatan di Hospital Serdang akibat masalah jantung

Ruslan dimasukkan ke hospital berkenaan pada 5 Nov.

Bersama Kembara ada banyak lagu yang disampaikan dengan menggunakan suara A Ali, termasuk Di Perhentian Puduraya dan Ada Sepasang Mata.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan