Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Janna Nick jadi sohor kini di Twitter gara-gara isu tapisan filem
Diterbitkan:  Jan 8, 2021 6:02 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Nama pelakon Janna Nick menjadi perhatian warganet sejak malam tadi selepas dia membandingkan garis panduan penapisan filem negara luar dengan negara ini.

Aktres itu mula berbalas ciapan selepas dia mengaitkan filem The Purge dengan insiden rusuhan penyokong Presiden Donald Trump di bangunan Capitol, di Washington, AS pada 6 Jan lalu.

Antara lain dia berkata, situasi berlaku di negara itu tercetus ekoran kesan dan pengaruh filem yang tidak ditapis dengan sewajarnya seperti dilakukan negara ini.

“Benda sohor kini #ThePurge menunjukkan kesan filem pada orang ramai. Inilah sebab mengapa garis panduan tertentu diperlukan dalam industri perfileman seperti dilakukan di Malaysia selama bertahun-tahun.

“Kadang-kadang garis panduan tersebut mungkin kelihatan terhad, namun terserah kepada industri untuk menjadi kreatif sehabis mungkin dalam garis panduan tersebut.

“Semoga Malaysia sentiasa aman damai! Amin," ciapnya.

Bagaimanapun, segelintir netizen berasa kurang senang dengan kenyataan dilontarkan Jannah atau Nurul Jannah Muner itu.

Harap pandanga diterima juga

The Purge berkisahkan acara tahunan AS yang membenarkan semua aktiviti jenayah dilakukan dalam tempoh 12 jam. Sepanjang tempoh itu juga semua perkhidmatan kecemasan ditutup.

Perseteruan di antara Trump dan bakal penggantinya, Joe Biden, menyaksikan penyokong bilionair itu menyerbu bangunan Capitol yang menempatkan Senat AS.

Ia berlanjutan menjadi ketegangan dan turut menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang maut. Seorang daripada korban itu merupakan anggota polis.

Tiga yang lain pula dikatakan anggota perkhidmatan kecemasan AS. 

Penyokon Trump menyerbu bangunan tersebut ketika undi elektoral yang memihat kepada Biden sedang dikira di Dewan Perwakilan.

Situasi semakin memburuk selepas Janna, 25, mengeluarkan kata-kata yang mencetus provokasi terhadap seorang pemilik Twitter apabila dia menggunakan perkataan dianggap kasar.

“Oi beruk, filem Malaysia ada je yang power, walaupun bajet rendah. Berpijak di bumi yang nyata. Jangan bandingkan filem ratusan juta ringgit dengan kos rendah,” ciapnya membalas komen @thehijazpahron yang menggunakan nama "Beruk".

Perbalahan tersebut menyebabkan nama pelakon Cari Aku Di Syurga itu menjadi sohor kini di Twitter.

Pun begitu, Janna tampil dengan kenyataan mengucapkan terima kasih untuk semua pendapat dilontarkan netizen.

“Terima kasih untuk sesiapa yang berkongsi pandangan mereka. Harap kamu semua dapat menerima pandangan saya juga,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS