Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Emma Maembong, suami, positif Covid-19
Diterbitkan:  Jan 14, 2021 11:36 PM
Dikemaskini: 4:09 PM

Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia positif Covid-19 walaupun tanpa gejala dijangkiti wabak berkenaan.

Katanya, keputusan itu diterima selepas dia melalui ujian saringan Covid-19 di kediamannya melalui perkhidmatan sebuah klinik mesra keluarga yang dijalankan rumah ke rumah.

“Menjalani ujian saringan di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran.

"Terima kasih kerana datang. Sangat bagus dan amat profesional.

“Mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya, saya langsung tidak mempunyai gejala tapi semua keputusan adalah positif,” katanya.

Menurut pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail itu, dia tergerak hati untuk menjalani saringan walapun badannya berasa sihat.

“Buat je saringan sebab kita tak tahu jika ada ke tak.

“Tolong jaga diri dan ikut prosedur operasi standard (SOP). Selamat menjalani kuarantin kepada diriku,” katanya.

Selain Emma, 28, suaminya, Muhammad Shazli Azhar, juga berkongsi perkembangan dirinya yang turut positif Covid-19 melalui Instagram.

Shazli bagaimanapun berkongsi keadaan dirinya yang semakin pulih.

“Alhamdulillah, semakin baik, semoga selamat, ikut SOP,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang tanda tanya peminat yang ingin mengetahui kesihatan bayi mereka.

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Feb tahun lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel pada November tahun lalu.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS