Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hannah Delisha sah bergelar isteri Imam Shah
Diterbitkan:  Feb 18, 2021 5:44 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Pelakon Hannah Delisha hari ini membuat kejutan apabila tiba-tiba berkongsikan foto perkahwinannya dengan aktor Imam Shah.

Berita itu dikongsikan Hannah di media sosialnya hari ini.

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah. Saya sayang kamu, @imamemy,” tulisnya.

Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah rakan artis seperti Aeril Zafril, Alvin Chong, Azira Shafinaz, Amyra Rosli dan Nadiyah Shahab.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 23, anak kelahiran Singapura yang meraih populariti di Malaysia selepas muncul dalam drama adaptasi novel Mencintaimu Mr Photographer.

Drama itu turut diterajui pelakon Syafiq Kyle.

Sementara itu, menerusi perkongsian Imam dalam Instagram, pengantin lelaki itu turut memuat naik hantaran dia sedang menyarungkan cincin pada jari manis Hannah.

Perkongsian itu diiringi kapsyen: “Ianya sentiasa awak. Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“Saya cintakan awak, Hannah Delisha,” katanya.

Hannah sebelum ini tampil dengan imej bertudung pada Sept tahun lalu selepas lama menangguhkan hasratnya untuk berbuat demikian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS