Farawahida kahwin lagi, minta didoakan kekal hingga ke jannah
Penyanyi Farawahida selamat mendirikan rumah tangga dengan buah hati pilihannya yang dikenali sebagai Zulkifli.
Menerusi akaun Instagram miliknya, pemilik nama penuh Farawahida Razali itu berkongsi foto selepas majlis pernikahan mereka yang diadakan di Taping, Perak.
“Alhamdullilah, hari ni saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping, Perak.
“Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagian ini sampai hingga ke jannah,” tulisnya.
Ini adalah perkahwinan kedua penyanyi yang terkenal dengan lagu Tanpamu itu.
Sebelum ini Farawahida, 36, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Dis 2013.
Bagaimanapun, timbul spekulasi mahligai rumah tangganya sudah berakhir sejak 2017 apabila dia dilihat tidak lagi memuat naik sebarang gambar dengan Abdul Shukor.
Susulan itu, Farawahida juga memuat naik gambar pertunangan dengan Zulkifli.
Perkongsian itu seolah-olah memberi bayangan berhubung status rumah tangganya dengan Abdul Shukor sebelum ini sudah berakhir.

