Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Afdlin Shauki pilih sertai PKR
Diterbitkan:  Mar 30, 2021 10:53 PM
Dikemaskini: 2:59 PM

Penghibur popular tanah air Afdlin Shauki menyertai PKR sebagai wadah perjuangan politiknya.

Afdlin dipetik Astro Awani berkata semangat kental Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi sumber inspirasinya.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui.

"Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai PKR,” kata Afdlin.

Selain Afdlin, penyanyi Altimet juga dispekulasi akan menyertai PKR, lapor Astro Awani lagi.

Sementara itu, Afdlin berkata keputusannya menyertai PKR atas kemahuannya sendiri walaupun dia pernah bersama wadah politik Umno.

“PKR adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. 

"Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.

“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. 

"Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin.

Lihat Komen
ADS