Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Neelofa, suami didakwa ke Nilai berbelanja permaidani
Diterbitkan:  May 3, 2021 11:51 AM
Dikemaskini: May 22, 2021 9:17 AM

Sekali lagi Noor Neelofa menarik perhatian ramai ketika semakin banyak orang berasa rengsa dengan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Kali ini pelakon dan pengacara itu didakwa melakukan perjalanan rentas negeri untuk ke Nilai, Negeri Sembilan. Ia susulan munculnya satu imej dan video yang dimuat sendiri Neelofa di InstaStory miliknya semalam.

Neelofa didakwa pergi membeli permaidani bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) masih lagi dikuatkuaskan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam salah satu hantaran iaitu video yang dikongsi, Neelofa dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang didakwa terletak di Nilai 3.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan perbualannya dengan seorang lelaki dipercayai pemilik kedai permaidani di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, selepas rakaman itu tular pelakon drama Suri Hati Mr Pilot itu dipercayai memadam kesemua hantaran yang memaparkan dia sedang membeli-belah permaidani di kedai tersebut.

Malaysiakini sudah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan Neelofa berkaitan isu terbabit.

Neelofa sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 atas dua iaitu melanggar SOP semasa majlis perkahwinannya pada 27 Mac lalu serta membuat perjalanan rentas negeri - ke Pulau Langkawi, Kedah - selepas itu.

Haris turut dikenakan kompaun RM10,000 atas kesalahan sama, iaitu merentas negeri ke Pulau Langkawi.

Selain itu, 20 anggota keluarga Neelofa juga dikenakan kompuan RM1,500 seorang menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM60,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiada diskaun dibenarkan untuk menyelesaikan kompaun itu.  

Lihat Komen
ADS