Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kertas siasatan kes Neelofa ke Nilai dihantar ke Pejabat Peguam Negara

Polis menyerahkan kertas siasatan berkaitan selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ke Pejabat Peguam Negara pagi tadi untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kertas siasatan itu dihantar selepas pihak polis selesai melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Kertas siasatan sudah dihantar dan kita tunggu keputusan Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di Seremban hari ini.

Spekulasi berkaitan pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial, apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video dia dan suaminya berada di sebuah kedai karpet di Nilai pada 2 Mei lalu.

Mereka kemudian memberi keterangan kepada polis selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai dua hari selepas itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS