Malaysiakini
SENI & HIBURAN

Polis tahan pemilik akaun Instagram 'safieyillias94'

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Jun 2021, 4:13 pagi

Polis tahan pemilik akaun Instagram 'saffieyillias94'

Polis menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai ‘safieyillias94’ semalam kerana disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Tanpa mendedahkan butiran tempat suspek ditahan, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya akan membuat permohonan reman suspek, hari ini.

“Beri masa kepada pihak kami untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini,” katanya ringkas kepada Bernama.

Perbuatan itu dikatakan berlaku baru-baru ini, semasa pemilik akaun Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama 'pipinatasha' dan dua kanak-kanak bawah umur.

Kedua-dua mereka turut menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.