Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bila sakit datanglah pada doktor, kata PU Syed pada 'Encik Safiey, Encik Sajat'
Diterbitkan:  Jul 15, 2020 4:06 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Ibarat pesakit perlu berjumpa doktor, begitu juga pandangan Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri al-Yahya terhadap keperluan Safiey Illias dan Nur Sajat mencari pembimbing.

Menyamakan situasi didepani dua pengusaha kosmetik itu seperti doktor dengan pesakit, Syed Bakri berkata, seseorang yang ditimpa sakit tidak wajar berdiam diri.

Sebaliknya, kata Syed Bakri, pesakitlah yang harus mempunyai inisiatif untuk pergi berjumpa doktor.

“Dialu-alukan. Sila hadir ke Ipoh Encik Safiey, ajak sekali Encik Sajat. Bila sakit datanglah pada doktor, bukan doktor pula datang kepada pesakit,” katanya di Instagram.

Syed Bakri juga berkata, dia tidak kisah mengenai tarikh untuk pertemuan tersebut diadakan.

“Sebut sahaja tarikhnya bila, waktunya bila, dan jemput hadir ke Matavbaidhi di Ipoh,” katanya.

Terdahulu, Safiey melalui Instagram berkata, dia bersedia untuk berjumpa dengan mana-mana PU atau pakar motivasi bagi membantunya berdepan sebarang isu konflik dalaman.

Biar yang garang nasihatkan

“Saya bersedia berjumpa dengan mana PU ke Ratu Pu ke, Ratu Motivasi ke, Ratu Syurga ke, jangan pum-pang di media sosial demi mendapat populariti dan pengikut.

“Saya bukan nak marah, jauh sekali menafikan setiap bait nasihat diberikan. Namun apalah salahnya jika datang berjumpa dan ikram saya.

“Dan prosesnya janganlah sekali datang je ikram. Kalau betul nak bantu, ikram sampai berjaya. Tunjukkan kehebatan berdakwah tu,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Syinta Gila itu berkata, ibu dan bapanya juga bersedia menunggu mana-mana pendakwah lain yang sedia hadir untuk memberikan motivasi.

“Mak dan ayah saya pun bersedia. Menunggu juga ni, ada tak yang sudi hadir datang berdakwah? Takkan cuma surat terbuka untuk Safiey Illias? Awak ingat aku Ratu Surat Terbuka?

“Nombor telefon ada dekat bio saya, tak ada istilah tak dapat nombor WhatsApp dan sebagainya,” katanya yang sudah serik dengan taktik pendakwah lain yang didakwanya cuba menjadi popular selain melariskan perniagaan melalui agama.

View this post on Instagram

Saya bersedia berjumpa dgn mana-mana PU ke RATU PU ke RATU MOTIVASI ke , RATU SYURGA ke . Jangan pumpang2 di media sosial je demi mendapat exposure dan like and followers . . . Mak ayah saya pun bersedia . Menunggu jugak ni ada tak yang sudi hadir datang dakwah . Tak kan ape2 cuma surat terbuka untuk Safiey Illias . Awk igt AKU RATU SURAT TERBUKA ?? . . Saya bukan nk marah jauh sekali menafikan setiap bait2 nasihat yg diberikan . Namun apalah salahnya jika datang berjumpa dan ikram saya . . . Sila jadi RATU IKRAM . Dan proses nye janganlah sekali datang je ikram . Kalau betul nk bantu datang lah ikram sampai berjaya . Tunjukkan kehebatan hikmah dalam berdakwah itu . . . No telefon pun ada dkt BIO saya , x ada istilah tak dapat nak whatsapp dan so on . . . Hujung2 JUAL BUKU dan PROMOTE PROGRAM MOTIVASI . Saya berani cakap sebab dh bosan dengan teknik marketing tp guna keagamaan . . . Jangan lah jadi ustaz/PU yang SEJENIS KEJADIAN ALAM . Jadilah yg lebih telus , ikhlas dan profesional mcm ustaz @ebitlew . . . Awk ingat saya tak pergi jumpa Doktor Psikiatrik ? Tak pergi jumpa Pakar kaunseling ?? . . Saya rasa nak buat laporan polis dan saman atas AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 , Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. YOUTUBER2 yang mengaibkan saya dan keluarga pun saya akan buat report ya . . . Saya masih menunggu whatsapp daripada PU2 KEJADIAN ALAM itu . Terima kasih . . . #Sofeaestetik #syintagila #tvsyintagila #ratusemestaalam #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong #isabellamaradonna

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on

Syed Bakri sebelum ini menegur Safiey selepas dia mencetuskan kontroversi di Internet kerana membuat pendedahan tubuh badannya hanya tinggal kira-kira 30 peratus saja asli.

Ia berlaku akibat menjalani banyak pembedahan plastik. 

Dia juga mengkritik Nur Sajat apabila dilihat semakin berani beraksi termasuk berbikini, selain melakukan aksi-aksi ala-ala lucah di akaun media sosialnya.

Sementara itu, Syed Bakri berkata, dia enggan dirinya disamakan dengan pendakwah Ebit Lew yang melakukan ziarah dari rumah ke rumah sambil menyebarkan kebaikan Islam.

“Jangan samakan ambe dengan Ustaz Ebit Lew, jika dia datang secara lemah lembut pun, kamu dengan rakan baik kamu masih tak insaf-insaf. Biarlah yang garang ni pula nasihatkan kamu.

“Zaman nabi ada watak Sayidina Abu Bakar dan ada watak Sayidina Umar. Kedua-duanya mempunyai identiti dan kaedah dakwah masing-masing dan keduanya adalah sahabat paling rapat di sisi Rasulullah SAW,” katanya.

Lihat Komen
ADS