Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bunga Citra Lestari mengaku positif Covid-19
Diterbitkan:  Jun 15, 2021 11:58 AM
Dikemaskini: 6:19 AM

Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Perkara itu dikongsikan BCL melalui satu hantaran Instagram malam tadi.

“Saya baru saja mendapat keputusan hari ini dan hasilnya positif Koronavirus.

“Kini saya dalam tempoh kuarantin kendiri dan insya-Allah akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya.

Balu Allahyarham Ashraf Sinclair itu turut mengiringi hantaran tersebut dengan imej dia membuat ujian di sebuah tempat dipercayai klinik.

Bagaimanapun, BCL, 38, tidak memaklumkan bagaimana dia dijangkiti virus tersebut.

Namun, beberapa minggu lalu, BCL mengundang perhatian ramai selepas berkongsi gambar-gambar percutiannya di Pulau Bali.

Pada hantaran sama, pelakon Surat Kecil Untuk Tuhan itu menitipkan pesanan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga untuk diri sendiri dan orang tersayang di sekeliling.

“Saya menggalakkan setiap orang untuk mengambil langkah selamat dan sihat. Tolong jaga diri kamu dan kesayangan kamu.

“Tingkatkan sistem imunisasi badan kamu dan tolong pandang serius perkara ini,” katanya.

Lihat Komen
ADS