Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Remy Ishak selamat diijab kabul dengan Ezza
Diterbitkan:  Aug 21, 2021 3:40 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Pelakon Remy Ishak selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Ezza Yusof dengan sekali lafaz kira-kira jam satu tengah hari tadi.

Majlis akad nikah berlangsung secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard SOP) Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya, Rozman Yusof.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 39, menyerahkan sebentuk cincin kepada pemilik nama sebenar Roszaliza Yusof itu sebagai mas kahwin.

Melalui Instagram miliknya, Remy yang kelihatan segak menyarungkan persalinan baju Melayu serba putih sebelum itu memuat naik perkongsian dengan ucapan: “Bismillahirrahmanirrahim.”

Menurut Remy, dia memanjatkan kesyukuran kerana pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar dan pasangan tersebut turut menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat.

“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri, mohon mendoakan kebaikan serta kesejahteraan buat kami berdua,” katanya.

Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 2017 namun ikatan itu terputus pada 2019.

Namun, hubungan pasangan itu dihidu peminat sudah kembali bertaut apabila muncul imej Remy meraikan hari jadi Ezza bersama kawan-kawan bekas tunangnya itu, beberapa bulan lalu. 

Lihat Komen
ADS