Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
‘Bella Ciao’ Yuna buat peminat Money Heist tak sabar
Diterbitkan:  Sep 2, 2021 7:58 AM
Dikemaskini: 8:12 AM

Penyanyi popular Malaysia yang sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna diberi kepercayaan ‘mewarnai’ Bella Ciao, lagu rakyat Itali yang cukup sinonim dengan siri popular Netflx, Money Heist.

Persembahan istimewa dari Yuna itu ibarat turut meraikan siri - turut dikenali sebagai La Casa de Papel - yang bakal melabuhkan tirai melalui musim kelimanya esok.

Menariknya, nyanyian Yuna dalam Bella Ciao turut diiringi pemain muzik Orkestra Filharmonik Malaysia serta masing-masing mengenakan persalinan merah berserta topeng wajah seperti digayakan pelakon Money Heist.

“@Yunamusic. Orkestra Filharmonik Malaysia. Bella Ciao. Kolaborasi epik yang paling hebat telah tiba dan ia sangat baik hingga macam nak menangis,” ciap akaun Twitter rasmi Netflix Malaysia.

Bella Ciao bermaksud Selamat Tinggal Yang Indah itu tampil cukup berbeza apabila dinyanyikan dalam versi Yuna.

Ia bukan persembahan biasa-biasa, sebaliknya memukau dengan aura tersendiri diberikan penyanyi dengan nama asal Yunalis Mat Zara’ai itu.

Persembahan Orkestra Filharmonik Malaysia dengan Yuna, 34, ternyata menjadi satu kolaboratif yang dilihat sangat epik.

Video penuh Bella Ciao versi Yuna itu boleh ditonton di saluran YouTube dan semua platform media sosial Netflix termasuk Facebook, Instagram dan Twitter.

Nyanyian versi Yuna itu menerima respons positif peminat yang rata-ratanya mengakui tidak sabar menonton musim terakhir siri tersebut.

Lihat Komen
ADS