Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Erra tak endah digosipkan dengan menteri
Diterbitkan:  Oct 11, 2021 2:42 PM
Dikemaskini: 9:17 AM

Nama Erra Fazira tiba-tiba meniti di bibir netizen apabila pelakon itu didakwa sudah menikah sebagai isteri kedua kepada seorang ahli politik berasal dari Perak.

Aktres itu bagaimanapun kelihatan tenang menjawab khabar angin itu dengan berkata, orang ramai memang gemar bergosip.

“Tak kira bagaimana penatnya kamu, tetap teruskan.

“Minggu yang nyaman. Sebelum kecederaan berlaku, Insya-Allah, minggu depan sambung lagi.

Apoooo (apa) tak habis-habis cerita pasal kahwin ni. Apa pun, orang gemar bercakap, justeru, biarkan saja mereka,” katanya.

Pemilik nama asal Fazira Wan Chek itu mengiringi hantaran tersebut dengan gambar dia berbasikal bersama beberapa individu lain di Instagram miliknya hari ini.

 

Kontroversi yang didakwa sudah bertebaran sejak bulan lalu itu kembali menuai perhatian selepas semalam seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan yang mendakwa aktres diberi julukan primadona itu sudah menamatkan status jandanya.

“Dengar khabar Erra Fazira dah jadi bini kedua kepada xxxxx. Bini pertama tahu tak?” ciapnya, dengan menyebut nama seorang ahli politik. Malaysiakini tidak mendedahkan nama ahli politik itu.

Malaysiakini juga sudah cuba menghubungi ahli politik terbabit dan pihak pengurusan Erra bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan terbaru ini.

Sementara itu, menjengah ke Instagram ahli politik tersebut, portal ini mendapati akaun berkenaan mengikuti media sosial Erra. Namun, Erra, 47, pula sebaliknya.

Untuk rekod, pelakon Soal Hati itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan sutradara Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Erra yang juga pelakon Tragedi Oktober itu kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 namun mereka bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Lihat Komen
ADS