Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelakon lapor polis selepas diminta lakonkan cerita gay
Diterbitkan:  Dec 10, 2021 5:38 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Pelakon remaja Danish Iskandar membuat laporan polis hari ini susulan kontroversi dia melakonkan watak gay dalam sebuah filem pendek.

Wan Azmir Wan Majid daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak berkata laporan polis dibuat pada jam 10 pagi hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

"Anak-anak guam juga bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah kepada pihak produksi berkaitan isu moraliti tujuan penggambaran tersebut," kata Wan Azmir.

Peguam bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut laporan polis dalam sidang media Danish di ibu kota petang ini.

Beberapa hari lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta orang ramai bertenang ekoran timbulnya isu suatu siri yang didakwa memaparkan hubungan cinta sejenis baru-baru ini.

Jakim berkata isu tersebut sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut Jakim mereka memandang serius isu yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam.

Dalam kenyataan hari ni, Wan Azmir berkata Danish sebelum ini tidak dimaklumkan bahawa jalan cerita itu mempunyai kaitan dan berunsur hubungan songsang.

Sebaliknya, katanya, skrip hanya menunjukkan ia sebuah cerita berkisarkan persahabatan.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi terhadap produksi filem itu.

Lihat Komen
ADS