Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Persatuan kesal Mat Kilau papar askar Sikh cederakan orang tua, kanak-kanak
Diterbitkan:  Jul 8, 2022 5:28 AM
Dikemaskini: 6:42 AM

United Sikh Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap bahagian fiksyen yang dipaparkan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menurut mereka boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum.

Pertubuhan itu berkata, pihaknya kecewa apabila Mat Kilau menggambarkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat.

“United Sikh Malaysia menggesa industri filem Malaysia tidak menghasilkan filem yang memberi kesan pada sentimen agama dan kaum dan berpotensi menimbulkan salah faham agama dan kaum.

“Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum," kata pertubuhan itu dalam kenyataan.

Mereka secara khusus membangkitkan paparan orang Sikh sebagai askar British yang mencederakan orang tua, kanak-kanak dan orang tidak berdaya dalam filem tersebut.

“Bahagian ini telah ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik.

“Walaupun babak kontroversi dalam filem itu adalah fiksyen semata-mata, ia tidak menyenangkan malahan melukakan kami,” kata mereka.

Menurut United Sikh Malaysia, kod amalan agama Sikh melarang penganutnya menggunakan kekerasan terhadap orang tua, kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdaya, walaupun ketika perang.

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof mula ditayang di layar perak pada 23 Jun lalu. Naskhah itu diilhamkan dari tokoh pejuang kemerdekaan, Mat Kilau yang menentang penjajah British di Pahang.

Karya itu menampilkan Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, dan Johan As'ari sebagai pelakon pembantu.

Idea untuk filem itu mula diutarakan pada 2017 dengan penggambaran dijalankan pada 2018 dan selesai pada 2021.

Lihat Komen
ADS