Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
PN rai kemenangan dengan nyanyi ‘lagu penyamun’ PH
Diterbitkan:  Dec 8, 2022 12:35 PM
Dikemaskini: 4:47 AM
  • Dikemas kini dengan berita penuh.

Penyokong Perikatan Nasional (PN) malam tadi meraikan kemenangan mereka dalam pilihan raya Padang Serai, Kedah dengan menyanyikan lagu antirasuah Pakatan Harapan (PH).

Menyindir kerjasama PH dan BN, penyokong PN di Kompleks Sukan e Kulim Hi-Tech menyanyikan lagu Altimet “Aduh Malaysia”, yang popular dengan lirik: 

“Hoi, hoi ya hoi, siapa sokong penyamun?”

Lagu yang terinspirasi daripada filem P Ramlee Ali Baba Bujang Lapok itu meminta rakyat Malaysia berhati-hati dengan ahli politik yang korup.

Bagi pemerhati, Aduh Malaysia ditujukan kepada BN, yang sering disamakan oleh PH sebagai "penyamun" selama ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri sering menyanyikan lagu itu semasa kempen pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan lepas.

Sebagai tindak balas terhadap penyokong PN yang menyanyikan lagunya itu, Altimet hari ini membuat ciapan "rap untuk rakyat".

Aduh Malaysia diterbitkan pada September lepas.

Altimet menyertai PKR tahun lepas dan dipilih sebagai ketua cabang Ampang pada Julai.

Lihat Komen
ADS