Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Naim selar menteri rasmikan majlis hantar bantuan banjir
Diterbitkan:  Dec 21, 2022 4:15 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

"Nak tolong, tolong terus…” selar penyanyi dan pelakon Naim Daniel terhadap kerajaan yang dilihat melakukan tindakan tidak perlu semasa menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur hari ini.

Kenyataan itu muncul selepas Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, melancarkan Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk Kelantan dan Terengganu sebentar tadi.

Kata Naim, membuat majlis pelancaran adalah suatu pembaziran memandangkan ketika ini peruntukan yang digunakan untuk sesebuah majlis sebegitu lebih wajar disalurkan terus kepada mangsa banjir.

Tambahnya ketika ini mangsa banjir sedang berdepan dengan kesempitan dan perlukan bantuan sesegera mungkin.

“Budaya lancar-melancar dan rasmi-merasmi yang bazir masa dan duit ni boleh berhenti dah. Come on,” katanya.

Penyanyi Mainan itu juga mengulang ciap laporan agensi berita Bernama mengenai majlis tersebut di Putrajaya.

Selain Naim ramai juga pengguna media sosial membidas KDN kerana mengadakan majlis hanya untuk untuk melancarkan misi bantuan banjir ke Pantai Timur.

Seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @Azayazmi berkata, mangsa banjir dah terperangkap lima hingga beam hari tanpa bekalan asas di Rantau Panjang, Kelantan.

“Nak hantar bantuan, hantar je terus, orang dah terperangkap lima, enam hari tak ada makanan dan elektrik.

“Masa sertai bantuan, timing kena cepat la duhai kerajaan pusat dan negeri,” katanya.

Lihat Komen
ADS