Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
PM utus takziah kepada keluarga Mael XPDC
Diterbitkan:  Apr 28, 2023 9:23 AM
Dikemaskini: 1:23 AM

Pemergian penyanyi kumpulan XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, yang meninggal dunia semalam akan meninggalkan dampak mendalam terhadap industri muzik rock tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Twitter beliau berkata hal ini kerana Allahyarham Mael merupakan antara nama besar dalam lapangan seni tanah air.

“Saya utus takziah kepada keluarga Allahyarham saudara Syed Ismail yang menyahut panggilan Ilahi.

“Saya turut berduka dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Berita kematian Mael, 55, turut dikongsi oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Bro Yazid di laman Facebook beliau.

"Innalillahiwainnailaihirojiun, al-Fatihah, penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar pukul 9 malam tadi," katanya.

XPDC merupakan kumpulan rock popular ketika era 1980 hingga 1990-an dan sering mengadakan konsert di tapak pesta di seluruh negara sehingga diberi jolokan sebagai “Raja Funfair”.

- Bernama

Lihat Komen
ADS