Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Selamat datang Coldplay - Anwar
Diterbitkan:  May 9, 2023 11:48 AM
Dikemaskini: 5:05 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat datang kepada kumpulan rock terkenal British Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur, pada 22 November depan.

"Selamat datang ke Kuala Lumpur!" tulis Anwar ringkas di Twitter sebentar tadi.

Stadium Nasional Bukit Jalil antara lokasi pilihan jelajah Coldplay tahun ini selain Taiwan, Jepun, Jakarta dan Australia.

Dua minggu lepas, pengurus artis dan acara Nur Iman Tang berharap Anwar memberikan sokongan terhadap konsert yang akan julung-julung kali diadakan di Malaysia itu.

Lima tahun lalu, peminat meminta anak Anwar, Nurul Izzah, membawa masuk beberapa kumpulan rock terkenal dunia, termasuk Coldplay.

Gesaan itu dibuat setelah Nurul Izzah berjanji akan mengotakan janji membawa Radiohead–juga dari Britain–membuat persembahan di Malaysia.

Sementara itu, Coldplay turut mengumumkan konsert dinamakan Coldplay: Music Of The Spheres di Kuala Lumpur hari di media sosial mereka hari ini.

Tiket untuk persembahan di Kuala Lumpur akan mula dijual mulai 17 Mei ini.

Setakat ini harganya belum diumumkan.

Konsert itu diumumkan sejak Oktober 2021 sebagai dukungan kepada album kesembilan mereka Music of the Spheres yang mengandungi single My Universe hasil kerjasama dengan kumpulan K-Pop BTS.

Ia sekali gus mengembalikan persembahan langsung tidak dapat diadakan sebelum ini kerana Covid-19.

Lihat Komen
ADS