Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pencipta Dragon Ball Akira Toriyama meninggal dunia
Diterbitkan:  Mar 8, 2024 12:49 PM
Dikemaskini: 4:49 AM

Pencipta komik Dragon Ball Akira Toriyama meninggal dunia akibat masalah hematoma subdural akut, sejenis pendarahan berdekatan otak, kata pasukan produksinya.

Dia meninggal dunia pada 1 Mac lalu pada umur 68 tahun, menurut akaun X Dragon Ball.

“Kita sangat sedih kerana masih ada karya-karyanya yang sedang diusahakan dengan penuh semangat,” kata Bird Studio.

Dragon Ball ialah komik Jepun popular sepanjang zaman yang diadaptasi menjadi anime, filem dan permainan video.

Diterbitkan pertama kali 40 tahun lepas pada 1984, ia mengisahkan pengembaraan Son Goku mencari Mutiara Naga yang mampu menunaikan apa saja hajat pemiliknya.

Lihat Komen
ADS