PM memperkasakan Dasar Pandang Ke Timur semasa lawatan ke Jepun
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memulakan lawatan kerja rasmi ke Jepun untuk membincangkan inisiatif dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia-Jepun yang telah lama terjalin serta kerjasama dalam pelbagai bidang.
YAB Perdana Menteri dijadual bertemu dengan rakan sejawat beliau, Tuan Yang Terutama Fumio Kishida. Lawatan pertama Ismail Sabri ke Jepun selepas dilantik Perdana Menteri pada tahun lepas, adalah lawatan paling berprofil tinggi ke negara Matahari Terbit itu selepas lebih dua tahun, akibat pandemik.
Antara perkara-perkara utama yang akan dibincangkan termasuk memperingati Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (DPT), pengukuhan hubungan antara rakyat, dan kerjasama pasca COVID-19. Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai kepentingan ketenteraman antarabangsa dan kestabilan serantau.
Pada 20 April, Ismail Sabri dan Kishida telah mengadakan sidang kemuncak Jepun-Malaysia dan berbincang mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo Nor' Azam Mohd Idrus, antara inti pati yang akan dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan mereka adalah mengenai hubungan Malaysia-Jepun termasuk kerjasama pandemik Covid-19, pembukaan sempadan dan penubuhan kampus Universiti Tsukuba di Malaysia.
Malaysia membuka sempadan pada 1 April 2022 manakala Jepun masih belum membuka sempadan negara sepenuhnya.
Lawatan ini juga adalah ketika ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (DPT) yang memberi sumbangan besar dalam pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun," kata beliau.
Sempena pertemuan itu nanti, kedua-dua Perdana Menteri akan menyaksikan majlis menandatangani tiga memorandum kerjasama antara Malaysia dan Jepun.
Ia membabitkan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Jepun mengenai industri pesawat; Memorandum Kerjasama Mengenai Kerangka Asas Bagi Perkongsian Maklumat Untuk Operasi Sewajarnya Sistem Berkaitan Sumber Manusia Asing dengan Status "Pekerja Mahir Tertentu" dan Memorandum Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun mengenai kerjasama dalam bidang belia dan sukan.
Pada 26 Mei, Ismail Sabri akan menyampaikan ucapannya di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo bertemakan Redefining Asia's Role in a Divided World.
Nor' Azam berkata, Ismail Sabri dijangka membangkitkan isu termasuk meningkatkan integrasi ekonomi serantau, memperkasakan mekanisme rundingan dan kerjasama, kerjasama dalam menangani perubahan iklim serta berkongsi konsep Keluarga Malaysia.
Penyertaan YAB Perdana Menteri di Persidangan Nikkei ke-27 ini akan menjadi platfom untuk Malaysia berkongsi idea serta melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif yang bertujuan mengembangkan kerjasama ekonomi yang lebih erat antara negara di rantau ini.
Sehingga 2021, Jepun adalah pelabur asing ke-3 terbesar di Malaysia dalam sektor pembuatan bagi projek-projek yang dilaksanakan berjumlah RM90.9 bilion (USD27.6 bilion).Perdana Menteri akan diiringi oleh YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri; YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri; YB
Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia; YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan; YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Belia dan Sukan; YB Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot Anak Jaem.

