Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kawasan Rizab Semulajadi Semenggoh sememangnya dihuni oleh orang utan namun setiap kunjungan tidak memberi jaminan bahawa anda akan dapat melihat mamalia terancam ini.

Waktu paling sesuai untuk melihat mamalia terancam ini adalah pada jam 9 pagi dan 3 petang ketika mereka diberi makan setiap hari oleh kakitangan Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Pengunjung boleh memanjat tangga ke atas satu para di atas pokok yang menghadap kawasan ini untuk melihat kawanan orang utan mendapatkan makanan.

Ketika kami tiba sejurus sebelum waktu memberi makan, seorang petugas sudahpun berada di lokasi untuk memanggil kawanan orang utan tersebut untuk bersarapan.

Selepas kira-kira 10 minit menanti, kami mendengar bunyi geseran dahan pohon kayu dan kemudian muncul Richie - orang utan paling dominan dalam kawanannya.

Richie bergayut turun dari satu dahan ke satu dahan lain dan melalui seutas tali yang disediakan di situ untuk ke atas satu pangkin santapannya.

Menurut pemandu kami, mood Richie tidak berapa baik kerana baru berkelahi dengan seekor orang utan lain.

Ketibaan mamalia seberat 120 kilogram ini diikuti oleh seekor orang utan betina yang mengendong seekor anak.

Ruang untuk melihat orang utan ini terhad. Kami terpaksa memberi peluang kepada kumpulan pengunjung seterusnya di selepas melihat haiwan ini untuk beberapa ketika.

[Baca selanjutnya di laman Ramble and Wander]

Lihat Komen
ADS