Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Anda berani naik pesawat yang 'dicetak'?
Diterbitkan:  Dec 31, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:04 AM

Pengeluar perisian terkemuka Autodesk mengumumkan rekaan pesawat pertama di dunia yang menggunakan komponen cetakan 3D.

Menurut Autodesk, bahagian penghadang “bionik” untuk pesawat Airbus itu direka dengan algoritma khusus yang menghasilkan struktur yang sama dengan pertumbuhan sel dan tulang.

Penghadang itu kemudiannya dicetak secara 3D dengan bahan khas, kata syarikat tersebut dalam kenyataannya.

“Rekaan dan proses pengeluaran yang julung kalinya dilakukan ini membolehkan struktur tersebut lebih kuat dan lebih ringan berbanding (hasil) dari kaedah tradisional.”

Struktur penghadang tersebut memisahkan ruang tempat duduk penumpang dan bahagian galei pesawat – kawasan yang menempatkan ruang penyediaan hidangan dan tempat duduk untuk anak kapal.

Ia dijangka akan digunakan dalam satu penerbangan percubaan tahun depan.

Menurut Autodesk, rekaan itu membolehkan berat bahagian pengadang tersebut dikurangkan kepada 45 peratus.

Firma itu mendakwa, pengurangan berat itu sudah cukup untuk membolehkan Airbus mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sehingga 465,000 tan metrik setahun.

Kiraan itu berdasarkan andaian jika rekaan tersebut digunakan untuk semua pesawat Airbus.

Menurut Autodesk, jumlah itu sama dengan jumlah gas yang dilepaskan oleh 96,000 kereta penumpang untuk tempoh setahun.

Lihat Komen
ADS