Hishamuddin Rais 'syok sendiri'
Diterbitkan: Dec 24, 2009 12:00 PM | Dikemas kini: Dec 24, 2009 12:03 PM
Saya merujuk artikel Hishamuddin Rais bertajuk ' Projek pembodohan orang Melayu ' ( Malaysiakini , 4 Disember).
Realitinya, kita lihat apa yang berlaku di Singapura.
Apa sudah jadi dengan republik pulau itu? Bangsa asing bukan sahaja telah menguasai semua sektor, malahan sejarah Melayu di Singapura telah dipadam dan diubah.
Bukankah perkara ini satu realiti yang tidak dapat dinafikan?
Projek pembodohan yang disebut-sebut oleh penulis ini tidak lebih sekadar pandangan syok sendiri beliau sahaja.
Adakah penulisnya berasa "gah" mengeluarkan artikel seperti ini?
Adakah penulis mengeluarkan artikel dengan berfikir dan melihat realiti atau sekadar mengikut nafsu dan perasaan "syok sendiri."

