Pada 5 Ogos 2010, sekolah tempat saya bertugas di Daerah Lahad Datu, Sabah telah didatangi oleh beberapa orang wakil daripada Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) yang membuat promosi pengambilan ahli kesatuan.
Namun, amat dikesali kerana mereka sebenarnya datang untuk menjual insurans kepada kami dengan komitmen sebanyak RM 25, RM 80 atau RM 150 sebulan sebagai syarat untuk menjadi ahli.
Ini sebenarnya adalah satu paksaan yang tidak wajar dan menjadi penghalang kepada guru-guru di Sabah untuk menjadi ahli.
Seharusnya, keahlian dibuka kepada mana-mana guru dengan yuran tahunan sahaja, tanpa paksaan untuk membeli insurans. Tidak hairanlah ramai guru di Sabah yang masih tidak menyertai kesatuan.
