Salam,
Saya ingin cadangkan agar ibu bapa yang telah berbelanja besar untuk membesar dan mendidik anak mereka diberikan pulangan pelaburan yang memadai bagi memupuk kebahagian sebenar bekeluarga.
Cadangan ini adalah kerana sesetengah sikap anak-anak yang mengabaikan orang tua setelah mereka bekerja, kahwin dan mulakan kehidupan tersendiri.
Cadangan ini juga bertujuan untuk mengurangkan beban kehidupan ibubapa yang kini seolah-olah tidak dapat bergantung kepada KWSP, pencen dan wang simpanan. Malah ada anak-anak sendiri yang ego dan berkepentingan diri, membazir serta kedekut untuk bersedekah kepada ibubapa.
Jika pemotongan gaji oleh kerajaan untuk tujuan cukai, KWSP, SOSCO dan sebagainya berjaya diwajibkan, saya tidak nampak alasan bagi menolak idea ini. Malahan saya percaya setiap anak akan bersetuju demi kebahagian ibubapa dan keluarga mereka.
Cadangan saya juga tidak memerlukan peruntukan wang dari kerajaan kerana mereka hanya perlu menyediakan suatu khidmat tadbir yang mudah bagi pelaksanaan idea ini, malahan pihak kerajaan mungkin mampu mendapatkan hasil.
Saya mencadangkan sebagai contoh, setiap pekerja di Malaysia dipotong sejumlah gaji bulanan mereka - umpamnaya 8 peratus dari pendapatan untuk dimasukan ke Tabung Ibu Bapa masing-masing di bawah kelolaan kerajaan.
Wang dari tabung ini akan dikreditkan ke akaun ibubapa masing-masing bagi kegunaan mereka. Cara ini akan memperkayakan institusi keluarga Malaysia yang merupakan nadi pembangunan negara ke arah masyarakat bahagia.
Harapnya cadangan saya tidak sukar untuk difahami dan diamalkan segera.
