Tak jadi askar bukan kerana kurang setia
Pertahanan negara adalah merupakan aspek penting dalam pentabiran negara. Ia bukan sahaja mengenai kekuatan angkatan tentera negara tetapi juga merangkumi pelbagai aspek lain seperti ekonomi , pendidikan, sains dan teknologi.
Sun Bing pengasas seni ketenteraan Sun Tze telah menerangkan hukum ini dengan jelas dalam bukunya.
Kegawatan Ekonomi 1997 juga telah membawa mesej penting bahawa sesebuah negara boleh dapat dimusnahkan tanpa serangan militari. Ini terbukti apabila beberapa negara yang tidak mampu mengurus ekonomi dan kesejahteraan rakyat dengan baik dilihat tersungkur.
Justeru, setiap rakyat berperanan menyumbang terhadap pertahan negara.
Tanpa asuhan ibu bapa dan didikan guru mampukah seseorang askar membesar dengan sempurna untuk melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan negara? Tanpa pembabitan orang rami dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan, mampukah pihak angkatan tentera mendapat bekalan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan?
Berdasarkan fakta-fakta itu, maka tidak boleh kita membuat kesimpulan bahawa golongan yang tidak berkhidmat sebagai askar kurang taat setianya kepada negara.
Kita harus memberikan penghargaan tinggi kepada anggota tentera negara atas usaha dan pengorbanan mereka untuk mempertahankan tanah dan talian hidup (live lines) negara.
Setiap tahun, ratusan juta ringgit diperuntukkan dan dibelanjakan untuk membiayai kos operasi dan pembangunan pertahanan negara. Namun wang yang dibelanjakan ini mendatangkan pulangan yang tinggi.
Kesukaran menarik golongan untuk menyertai pasukan pertahanan bukan sahaja masalah bagi Malaysia, malah ia dihadapapi oleh banyak negara.
Untuk mengatasi masalah ini, ada negara mewajibkan rakyatnya untuk berkhidmat sebagai askar untuk satu jangka masa yang tertentu selepas genap usia 21. Ada juga yang membenarkan pendatang asing untuk berkhidmat sebagai tukang masak, mekanik, ahli muzik dan ahli sains di kalangan anggota angkatan tentera mereka.
Untuk menggalakan lebih ramai pemuda dan pemudi negara untuk menyertai angkatan tentera Malaysia adalah penting bagi kementerian dan agensi kerajaaan yang berkenaan untuk memaklumkan dengan jelas, bahawa kerjaya ini adalah sesuatu yang sangat mencabar, bermakna dan mempunyai ganjaran.
Semasa berkhidmat untuk angkatan tentera, seseorang anggota angkata tentera dapat menerima pelbagai latihan seperti latihan fizikal , latihan kempimpinan dan latihan kemahiran yang istimewa.
Anggota angkatan tentera yang cermelang juga dihantar ke luar negara untuk menerima latihan khas dan menjalankan penyelidikan.
Kesimpulannya berkhidmat sebaga seorang anggota tentera adalah sesuatu yang membanggakan dan bermakna kerana dapat memainkan peranan penting untuk mempertahankan negara dan mendorong inovasi dan transformasi negara.
Penulis adalah AJK MCA Kepong

