Saya adalah seorang yang mengalami penyakit lelah dan masalah jerebu merupakan satu perkara yang mengancam nyawa saya.
Dahulunya, jerebu hanya satu insiden tetapi kini ia adalah sebahagian daripada cuaca kita. Jerebu telah menyebabkan kesihatan saya merosot dan meningkatkan kos rawatan saya.
Lelah boleh membunuh, dan saya tidak ingin mati kerana jerebu!
Saya telah memerhatikan kualiti udara yang teruk di Lembah Klang baru-baru ini. Mengapa tiada amaran kepada rakyat?
Apa telah berlaku kepada semua peruntukkan yang digunakan untuk mengesan indeks kualiti udara? Mengapa sumber jerebu masih tidak dijumpai sehingga kini?
Saya rasa Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar tidak tercapai.
Kehidupan saya terjejas disebabkan jerebu dan banyak pesakit lelah juga mengalami keadaan yang sama seperti saya. Bolehkah kita sebagai rakyat mendapatkan jawapan?
