KUIN: Beginikah cara layan anak muda?

       

Sejak pilihan raya umum ke-12 lalu, saya tertanya-tanya apakah pendirian Pakatan Rakyat mengenai anak muda. Adakah benar mereka ikhlas mahu memperjuangkan isu anak muda ataupun ia sekadar retorik politik semata-mata.

Akhirnya, pada 25 Mei lalu, saya telah mendapat jawapan tersebut. Ternyata baik BN mahupun Pakatan Rakyat, keduanya ‘tidak mesra’ dengan anak muda khususnya golongan mahasiswa.

Pada tarikh ini, golongan mahasiswa di KUIN telah dikenakan satu tindakan yang saya kira sangat tidak wajar.

Enam orang mahasiswa daripada KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak pentadbiran KUIN.

Ada antara mereka yang telah didenda. Malahan ada yang telah digantung pengajian selama dua semester!

Hal ini saya kira telah mencabar kami sebagai golongan anak muda yang mempunyai hak bersuara seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

Di sini, saya hendak memberi peringatan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS, jangan sesekali mencabar kami golongan anak muda.

Kami, golongan anak muda sama sekali tidak rela dijadikan bahan mainan politik kedua-dua belah pihak terutama dalam meraih simpati politik yang kini semakin jijik dan kotor.

Saya amat berharap agar kemelut ini diselesaikan dengan baik. Pakatan Rakyat khususnya PAS harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan hal ini.

Ingatlah, kehadiran kami golongan anak muda ini bakal menentukan survival politik Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.


Penulis adalah pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M N) KUIN


saifuddinabd   Saifuddin Abdullah  
@  
@ mkini_bm  sy sedia mendengar isu ini dpd msiswa berkaitan. Politik tolak tepi.

 

Malaysiakini
terkini untuk anda