Laporan Audit Negara melaporkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengalami kerugian akibat program air percuma.

KDEB dikatakan mula mengalami kerugian apabila program air percuma diperkenalkan oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya sebagai pengundi di Shah Alam ingin merakam rasa bangga terhadap sikap kerajaan negeri Selangor.

Walaupun kerajaan terpaksa menanggung sedikit kerugian tetapi kerugian tersebut demi kesejahteraan serta kebahagiaan rakyat Selangor.

Adapun kerugian KDEB itu bukanlah disebabkan oleh salah guna wang rakyat atau korupsi. Jika dibandingkan bail-out kepada kroni suatu masa dahulu, saya rasa kerugian KDEB ini kecil.

Kerugian KDEB ini menguntungkan rakyat terbanyak.

Saya yakin, kerajaan negeri Pakatan akan berjaya mencari jalan untuk mengawal hutang serta mengurangkan kerugian KDEB yang sedang ditanggung itu dalam masa-masa mendatang.

Dari maklumat yang saya dapat, sekiranya kerajaan Selangor dapat mengambil balik pengurusan air dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), kerugian yang ditanggung oleh KDEB ini akan berjaya dikurangkan atau dihapuskan terus.