Penjelasan tentang kes saman fitnah Anwar
Saya merasa kesal dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan memutar belit penyelesaian yang dicapai di antara saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Januari 2014 dalam kes saman beliau terhadap saya.
Kes saman tersebut difailkan oleh beliau pada 6 Mac 2008 di mana beliau mendakwa saya memfitnah beliau dalam 3 perkara.
Tiga perkara ini dipetik dari laporan media yang disiarkan dalam akhbar tempatan pada 4 dan 5 Mac 2008 yang mengulas tentang sebuah forum mengenai PRU ke-12 yang diadakan di Menara Star pada 3 Mac 2008.
Saya merupakan salah seorang ahli panel dalam forum tersebut. Saman Anwar berhubung kait dengan jawapan saya kepada soalan yang diajukan oleh salah seorang hadirin forum tersebut.
Anwar menuduh saya memfitnahnya berdasarkan jawapan saya di mana saya secara ikhlas mengatakan bahawa:
- Sekiranya Anwar menjadi perdana menteri Malaysia, ia merupakan satu malapetaka besar kepada negara.
Antara contoh yang saya kemukakan ialah cara beliau mengendalikan ketegangan di antara sebahagian penduduk Hindu dan Muslim yang memudaratkan keselamatan negara dalam peristiwa Kampung Rawa pada Mac 1998.
Pada Januari 2013, Anwar menggugurkan dua tuntutan dalam saman fitnah beliau terhadap saya iaitu tentang isu beliau sebagai perdana menteri dan dakwaan penipuan terhadap rakyat Malaysia.
Ini merupakan dua tuntutan yang asas berbanding dengan contoh dalam tuntutan ketiga
Oleh kerana beliau telah menggugurkan dua tuntutan utama ini, pada 7 Januari 2014, saya bersetuju untuk menarik balik kenyataan saya tentang loceng kuil dalam peristiwa Kampung Rawa.
Anwar pula menerusi peguamnya bersetuju bahawa beliau tidak akan menuntut sebarang kos, ganti rugi ataupun permohonan maaf dari saya.
Berdasarkan persetujuan antara saya dan beliau, kes yang difailkan oleh Anwar terhadap saya yang berlanjutan hampir 6 tahun ini dianggap selesai.

