Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), ingin merakamkan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

Ini berdasarkan perkembangan dan maklumat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri berikutan satu analisis data yang diterima oleh beliau.

Namun ABIM juga berterusan mendoakan agar segala petunjuk terus dikurniakan Allah bagi merungkai segala masalah yang mungkin menjadi punca kepada tragedi ini.

ABIM memandang berat semua tuduhan, prasangka dan kelemahan pentadbiran yang dilemparkan berdasarkan andaian dan spekulasi semata-mata.

ABIM mahukan agar pihak yang bertanggungjawab dapat menggerakkan siasatan untuk mengatasi sebarang kelemahan dan kekurangan daripada berulang kembali.

Begitu juga dengan pihak yang dipersalahkan atas dasar permusuhan sempit dan sangkaan buruk yang terburu-buru, ABIM mengharapakan nama baik serta imej mereka dapat dibersihkan.

ABIM juga kesal ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi hero dan menuding jari menyalahkan pihak lain sehingga mengguris parasaaan keluarga mangsa dan boleh mengundang kemurkaan Allah.

Dari tragedi ini marilah kita merafakkan keinsafsan kita atas kelemahan dan kekerdilan kita berbanding kekuasaan dan kebijaksanaan Allah yang Maha Mengetahui segala hikmah bagi setiap peristiwa yang berlaku.


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ setiausaha agung, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

ADS