Siswa kritik Pakatan sibuk tukar MB
Diterbitkan: Jul 24, 2014 1:57 AM | Dikemas kini: Jul 24, 2014 2:56 PM
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya melihat bahawa Pakatan Rakyat belum mampu tadbir negara.
Tatkala Malaysia dibelenggu kemelut MH17, Pakatan sibuk dengan pertukaran menteri besar Selangor.
Kemelut dalaman ini mampu menyebabkan Pakatan menerima nasib seperti kisah di Kedah, Terangganu dan Kelantan satu ketika dahulu.
Referendum rakyat perlu dijalankan dalam memastikan siapa yang layak menjadi menteri besar.
Kuasa rakyat lebih kuat berbanding kuasa parti.
FAHMI ZAINOL Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

