Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya sebagai seorang bapa, ingin memberitahu bahawa apa yang Pak Lah katakan terhadap masalah sekolah kebangsaan di negara kita adalah benar.

Tenaga pengajar di sekolah kebangsaan kita terlalu pro-kauman di mana mereka lebih mementingkan satu kaum sahaja.

Mereka akan memarahi anak-anak kaum lain dengan perkataan yang sungguh kesat dan walaupun ibubapa pelajar tersebut membuat laporan kepada polis dan Jabatan Pendidikan Negeri, sehingga kini tiada tindakan diambil.

Kerajaan BN memohon supaya semua kaum mendaftar anak-anak mereka di sekolah kebangsaan kerajaan tetapi tidak sedar bahawa tenaga pengajarnya tidak dididik untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat majmuk.

Saya tidak faham kenapa sehingga kini tindakan tidak diambil terhadap guru-guru seperti tersebut di atas. Bolehkah polis daerah Batu Pahat dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor memberi jawapan kepada soalan ini?

ADS