S'gor tubuh j/kuasa kaji tambah baik Unisel
Sebuah Jawatankuasa Penambahbaikan Universiti Selangor telah ditubuhkan dengan dianggotai pakar-pakar pendidikan bagi meneliti isu-isu yang dihadapi oleh UNISEL secara lebih khusus dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengarah PIYS.
Terma rujukan Jawatankuasa Penambahbaikan ini adalah:-
- Membuat penilaian prestasi pegawai-pegawai utama UNISEL;
Keanggotaan Jawatankuasa Penambahbaikan yang dicadangkan adalah:-
1. Dr Shaharir Mohamad Zain, Felo Penyelidik Kanan, Institut Pengurusan dan Pemantauan Penyelidikan, Universiti Malaya / Felo Akademi Sains Malaysia / bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Profesor Dato’ Ir Dr Hasan Basri, Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar / bekas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Profesor Dato’ Dr Jamil Osman, bekas Rektor Kolej Universiti Insaniah / bekas Timbalan Rektor (Akademik) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
4. Profesor Dato’ Dr Anuar Zaini Md Zain, Ketua Fakulti Jeffrey Cheah School of Medicine, University of Monash Malaysia Campus / bekas Naib Canselor Universiti Malaya; dan
5. Dato’ Dr Toh Kin Woon, Ahli Panel Penasihat Institut Rakyat / Felo Penyelidikan Kanan Penang Institute / bekas EXCO Pendidikan Pulau Pinang / bekas pensyarah UKM / bekas pensyarah HELP University.
NIK NAZMI NIK AHMAD pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi Dan Inovasi.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.