Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LAPPM) mengutuk pengumuman mahkamah kerajaan rejim Mesir yang mengisytiharkan  Kumpulan Jihad di Palestin, HAMAS sebagai organisasi pengganas.  

LAPPM menganggap pengumuman Mahkamah Mesir sebagai tidak masuk akal dan lebih mirip kepada pembalasan dendam kesumat yang tidak berkesudahan terhadap organisasi jihad itu.

Mesir tidak sepatutnya menjadikan HAMAS sebagai sasarannya kerana HAMAS milik Gaza dan Palestin dan rakyat Palestin yang patut membicarakan pertubuhan di negara mereka.  

Sepatutnya Mesir menumpukan perhatian terhadap negara sendiri dengan membicarakan pegawai-pegawai tinggi tentera yang  bertanggungjawab membunuh rakyat Mesir dalam peristiwa berdarah 2012.

Apa yang dikesalkan adalah Mesir sanggup menutup mata melihat kekejaman Israel sebaliknya menghukum keras pejuang Islam  yang mahu membebaskan tanah air dan umat Islam dari mangsa pembunuhan Israel.  

Sampai bila Mesir sanggup menjadi boneka dan kuda tunggangan rejim laknat Israel?  

LAPPM melihat pengisytiharan HAMAS sebagai pertubuhan pengganas tidak melemahkan HAMAS, sebaliknya  HAMAS akan terus  dijulang sebagai pembela umat Islam di Palestin dan di mata masyarakat dunia.  

Malah pemimpin Mesir bawah kepimpinan Abdul Fattah As -Sisi pula akan dituding sebagai boneka Israel dan Amerika Syarikat, pengecut dan pengkhianat.

LAPPM juga mengutuk pengumuman Mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Syeikh Dr Mohamed  Badie,  Mursyidul Am Ikhwan Muslimin manakala ahli-ahli Ikhwan Muslimin lainnya dijatuhi hukuman mati.  

Dalam hal ini, LAPPM menyeru OIC untuk turut campur tangan dengan menyatakan bantahan terhadap keputusan yang sangat tidak adil ini.

Sangat malang apabila Mesir hari ini telah menjadi negara diktator yang mengetepikan nilai-nilai keadilan serta  kemanusiaan,  bahkan pemimpinnya bertindak atas faktor dendam dan perasaan benci semata-mata.

Lebih menyedihkan apabila pemimpin Mesir hanya bertindak mengikut telunjuk AS dan Israel hingga sanggup melakukan apa sahaja terhadap penentang mereka yang tidak bersenjata.

Lihat Komen
ADS