Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bahawa beberapa kawasan seperti yang dinyatakan di bawah akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan dari kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:

1) Kerja Pengalihan Paip Air Bersaiz 600MM, 400MM dan 350MM Jenis Keluli Lembut (Mild Steel) untuk Cadangan Membina Jejantas Pejalan Kaki Bagi Menghubungkan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Stesen Sungai Besi Dengan Jejantas Sedia Ada di Stesen LRT Sungai Besi (PPR Permai) untuk Tetuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

TARIKH/MASA GANGGUAN

16 Mac 2015 (Isnin), 9:00 malam hingga 5:00 pagi keesokan harinya,

17 Mac 2015 (Selasa).

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Petaling

Keseluruhan Kawasan Kondominium 1C/149 Sungai Besi; Keseluruhan PPRT Raya Permai Sungai Besi; Kampung Muhibbah Sungai Besi; Kampung Selamat Sungai Besi; Keseluruhan Pekan Sungai Besi; Jalan 1/46 hingga Jalan 30/146 Bandar Tasek Selatan, Sungai Besi; Taman Tasek Damai Sungai Besi (Lakefield); Kem Perdana Sungai Besi; Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Hotel Golden Palace Horses.

Para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara ini serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Para pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini disarankan untuk melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my;atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS (melalui Google Playstore dan Appstore) untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan yang berlaku.


PRISCILLA ALFRED pengurus besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS.

Lihat Komen
ADS