Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang rakan memberitahu saya, pada masa akan datang akan berlaku lebih banyak kejadian paip pecah akibat paip lama yang tidak diganti oleh SYABAS.

Semua berpunca dari keputusan Menteri Besar Azmin Ali menamatkan perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor, kata seorang kenalan lama yang pernah bekerja bekalan air di selatan negara.

Jelas kenalan itu lagi, pembatalan perjanjian air Selangor bermakna SYABAS tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk menaiktaraf segala kelengkapan lama termasuk paip- lusuh yang sepatutnya sudah boleh diganti kerana Kerajaan Selangor sepatutnya mengatasi masalah kewangan ini.

Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran maklumat itu tapi yang pastinya seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya resah dengan perkembangan terbaru ini.

Persoalan yang semakin merungsingkan saya sekarang jika benar masih banyak paip dan peralatan bekalan air telah berusia bermakna bakal berlaku banyak lagi gangguan bekalan.

Untuk melegakan keresahan pengguna-pengguna air, menteri besar Selangor sendiri perlu memberikan jaminan tiada gangguan bekalan yang kerap pada masa akan datang.

Kalau semakin banyak gangguan akibat paip pecah berlaku, saya rasa pengundi-pengundi Selangor tidak akan memilih lagi kerajaan sekarang untuk memerintah negeri dalam pilihan raya akan datang.

Sendiri ingatlah...

Lihat Komen
ADS