Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Badan Amanah TBH demi Demokrasi mengecam pihak polis menyalahgunakan kuasa dalam proses pengambilan kenyataan, menyamakan kebebasan berhimpun dengan jenayah dengan memohon reman siasatan yang panjang.

Tujuannya ialah menghalang perhimpunan aman initiatif rakyat untuk membebaskan tahanan politik Anwar Ibrahim.

Pihak polis menahan aktivis Kita Lawan iaitu ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong, Mandeep Singh dan Adam Adli di balai polis selama 5 hingga 6 jam tetapi tidak mengambil sebarang kenyataan, seterusnya memohon reman selama empat hari daripada majistret.

Ini jelas menunjukkan polis sengaja memanjangkan siasatan tanpa alasan munasabah.

Perhimpunan aman adalah hak asasi manusia dijamin oleh perlembagaan, sebarang siasatan ke atas pelanggaran peraturan semasa perhimpunan aman memang bukan kes jenayah, polis harus menyiapkan pengambilan kenyataan dalam masa setengah jam dan membebaskan Teo, Mandeep dan Adam.

Kami menggesa parlimen mengkaji semula seksyen pengambilan kenyataan polis iaitu seksyen 112 dan 113 Kanun Acara Jenayah (CPC) serta seksyen 143 kanun jenayah untuk mencegah penyalahgunaan kuasa polis dan mempertahankan hak demokrasi rakyat.


 BADAN AMANAH TBH DEMI DEMOKRASI

Lihat Komen
ADS