Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Merujuk kepada insiden kekecohan oleh samseng di Taman Megah Ria semalam, PKR Johor melahirkan perasaan kesal dan menolak kelakuan samseng di Taman Megah Ria, Pasir Gudang, semalam.

Sebagai sebuah Negara demokrasi yang kini berumur 58 tahun dan telah melalui 13 pilihan raya, adalah amat kesal budaya samseng dan politik tidak matang sebegini masih wujud di Malaysia khususnya di Johor.

Ini juga bukan insiden pertama kerana gangguan sebegini pernah berlaku, tetapi PKR Johor harap ini adalah insiden terakhir.

Kelakuan orang dalam video yang disebarkan dalam laman web media jelas menunjukkan sekumpulan lelaki dan perempuan sengaja mengganggu satu sesi dialog aman di sebuah kedai swasta.

Jelas ini adalah satu tindakan yang mencabar undang-undang dan PKR Johor mengesa pihak polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang dengan segera kepada mereka yang bersalah atas prinsip – ‘Rule of Law must prevail, not Rule of Mobs’.

Sebarang kelewatan PDRM mengambil tindakan hanya akan melemahkan keyakinan orang awam terhadap kecekapan dan kebebasan pihak polis.

Juga telah dicamkan dan dinyatakan di media bahawa samseng yang melakukan kecohan semalam terdiri daripada ahli Umno Pasir Gudang.

Memandangkan insiden ini serius, kami harap Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin sebagai ADUN kawasan Permas dan juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang boleh memberi pendirian dan pandangan beliau berkenaan dengan isu ini.

Akhirnya, PKR Johor berpendapat kekecohan dan tindakan samseng semalam hanya membuktikan bahawa pihak lawan politik kami tidak lagi yakin untuk mempertahankan DUN Permas dan Parlimen Pasir Gudang pada pilihan raya yang akan datang.

PKR Johor akan memberi tumpuan sepenuh untuk menawan kerusi-kerusi di Pasir Gudang yang hanya kalah tipis dalam pilihan raya yang lepas.


HASSAN ABDUL KARIM pengerusi PKR Johor

Lihat Komen
ADS